TRANSFORMASI SENI PERSEMBAHAN TRADISIONAL MEK MULUNG:PERKEMBANGAN, CABARAN DAN PELUANG DI ALAF BAHARU



TRANSFORMASI SENI PERSEMBAHAN TRADISIONAL MEK MULUNG: PERKEMBANGAN, CABARAN DAN PELUANG DI ALAF BAHARU


TRANSFORMATION OF THE TRADITIONAL PERFORMING ART OF MEK MULUNG: DEVELOPMENT, CHALLENGES, AND OPPORTUNITIES IN THE NEW MILLENNIUM

 

Jurnal Melayu Sedunia VOL 8, ISSUE 1, 20251

JURNAL MELAYU SEDUNIA

e-ISSN: 2637-0751

VOL 8, ISSUE 1, 1-21


Terbit: 28/11/2025

 

ABSTRAK

 

Mek Mulung, sebagai salah satu bentuk teater tradisional yang berasal dari negeri Kedah, merupakan komponen penting dalam warisan seni budaya Malaysia. Namun, dalam menghadapi arus pemodenan dan perubahan citarasa audiens, seni persembahan ini berdepan cabaran besar untuk mengekalkan relevansi  tanpa  menjejaskan nilai dan identiti  tradisionalnya.  Kertas  kerja  ini  membincangkan transformasi seni persembahan Mek Mulung dalam konteks perkembangan, cabaran, dan peluang di alaf baharu. Dari segi perkembangan, analisis meneliti bentuk transformasi yang berlaku dalam aspek koreografi,  penggunaan  teknologi, dan  adaptasi  naratif  bagi  menarik  minat  generasi  muda  serta audiens  kontemporari.  Dalam  masa  yang  sama,  perbincangan turut menyoroti usaha  pengekalan elemen   tradisional  seperti struktur persembahan,  kostum,   alat muzik, dan   peranan   komuniti tempatan  yang  menjadi  teras  kepada  keaslian  Mek  Mulung. Kajian  ini  menggunakan  pendekatan kualitatif  melalui  kaedah  pemerhatian  turut  serta,  temu bual separa  berstruktur bersamapenggiat seni, serta   analisis   dokumen   dan   visual persembahan.   Analisis  pergerakan   tari   dilaksanakan berasaskan  teori  Struktur  Tarian  oleh Kaeppler  (1999)  untuk  meneliti  motif  dan  gaya  pergerakan dalam konteks kesinambungan tradisi. Hasil kajian menunjukkan bahawa transformasi Mek Mulung bukan  sekadar  bentuk adaptasi  estetika,  tetapi  strategi  pelestarian  bagi  memastikan  kelangsungan seni  persembahan ini  dalam  ekosistem  budaya  moden.  Perbincangan  turut  menekankan  peranan nstitusi  budaya, komuniti  tempatan, dan  kerjasama  antara  sektor  kerajaan  serta  swasta  dalam mengukuhkan usaha pemeliharaan dan promosi Mek Mulung di peringkat nasional dan antarabangsa. Secara keseluruhannya,  kajian  ini  menegaskan  bahawa  keseimbangan antara  transformasi  dan pengekalan  menjadi  kunci  utama  dalam  memastikan  Mek  Mulung  terus  hidup,  dihargai, dan dipertahankan sebagai warisan budaya bangsa di alaf baharu.

 

Kata kunci: Mek Mulung,  seni  persembahan  tradisional,  transformasi,  pengekalan,  warisan  budaya, pelestarian, alaf Baharu.


LINK : https://ejournal.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/66331/19174

 




Comments

Popular posts from this blog

INTEGRASI STRUKTUR TARI DAN LAGU DALAM PEMBENTUKAN MOD PERSEMBAHAN MEK MULUNG ABAD KE-21

TEATER MEK MULUNG LAKHON DEWA KACA 2024

DESKRIPSI PERGERAKAN TARIAN BERJALAN DALAM DIMENSI HORIZONTAL DAN VERTIKAL PERSEMBAHAN TEATER TRADISIONAL MEK MULUNG